ASALAMUALAIKUM WARGA BLOGER SEMUA...
Setelah sekian lama baru dpt buka blog ni
now 2015....dah dekat 3 tahun rasanya tak buka
i just want to say
i miss all my friend in UMS
i miss my kolej E
i miss my campus life
BTW saya kena kuatkan diri tuk
terus berjaya dlm hidup ni
....Continued
Friday, July 31, 2015
Monday, January 14, 2013
MERDEKA
salam semua blogger
terlalu lama tak membuat post kat blog just_noy ni....
saya dah hbis study...dan konvo pada bulan 10-- 2012
merasa merdeka sudah "SY DAH MERDEKA"..ayat sering kita
gunakan apabila hbs belajar..TETAPI??????
Kita belum lagi..hanya negara kita sahaja yg sdh MERDEKA...
setelah hbis study...kena hadapi dunia pekerjaan pula
bukan senng nak kerja...kira dua bulan saya mengganggur
dan akhirnya dapat kerja juga....TETAPI
Hanya Part time Job jak sebagai pembantu penyelidik...
Selamat berjuang semua...hidup ini sukar untuk
mencapai kejayaan, jika kita tidak usaha mencapainya
terlalu lama tak membuat post kat blog just_noy ni....
saya dah hbis study...dan konvo pada bulan 10-- 2012
merasa merdeka sudah "SY DAH MERDEKA"..ayat sering kita
gunakan apabila hbs belajar..TETAPI??????
Kita belum lagi..hanya negara kita sahaja yg sdh MERDEKA...
setelah hbis study...kena hadapi dunia pekerjaan pula
bukan senng nak kerja...kira dua bulan saya mengganggur
dan akhirnya dapat kerja juga....TETAPI
Hanya Part time Job jak sebagai pembantu penyelidik...
Selamat berjuang semua...hidup ini sukar untuk
mencapai kejayaan, jika kita tidak usaha mencapainya
Thursday, June 14, 2012
Isu Rasuah
Rasuah tidak pernah lepas dari menjadi perbualan masyarakat tampa mengira bangasa, etnik tempat dan
situasi serta darjat atau status seseorang.Namun pernah kita terfikir bahawa rasuah sebenarnya berlaku di
sekeliling kita tampa kita sedari.Oleh mari kita susuri APA YANG DIKATAKAN RASUAH DAN
KENAPA IA SUKAR UNTUK DIBENDUNG????????
situasi serta darjat atau status seseorang.Namun pernah kita terfikir bahawa rasuah sebenarnya berlaku di
sekeliling kita tampa kita sedari.Oleh mari kita susuri APA YANG DIKATAKAN RASUAH DAN
KENAPA IA SUKAR UNTUK DIBENDUNG????????
1)
RASUAH Sogokan
yang dapat menghilangkan hak dari pemilik sebagai tindakan untuk membalas dendam.Sebagai contoh bagi
kategori ini ialah seperti iri hati atau cemburu dengan pesaingnya dalam
perniagaan.A telah memberi sogokan
kepada orang tertentu supaya mengenepikan projek yang sepatutnya diperolehi
oleh B.
(Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan dalam http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_persidangan/2011/06/jenayah_rasuah_dan_pecah_amanah_di_kalangan_pengarah_syarika.pdf.Diakses pada 5.May.2012.)
2)
Sogokan
yang diberikan untuk memperolehi sesuatu sama ada jawatan, tempat, pekerjaan,
tender/bidaan, projek atau kontrak.
3)
Di dalam
Bahasa Inggeris, memberi rasuah dan menerima rasuah diberi
istilah berbeza iaitu “corruption” bagi
menerima rasuah manakala
memberi rasuah diistilahkan sebagai “bribery”.
A.
CABARAN YANG DIHADAPI OLEH SESEBUAH ORGANISASI DALAM
MENANGANI ISU RASUAH
1) Faktor Kelemahan Individu
·
Pegangan Agama / Nilai Murni Semakin
Longgar – Tekanan hidup untuk berlumba-lumba mengumpul kekayaan daripada
pembangunan yang pesat menyebabkan manusia lupa daratan dan melihat agama dan
nilai murni tidak releven lagi dan lama-kelamaan sensitiviti terhadap ajaran
agama dan nilai murni semakin kurang.
2) Faktor Sosial
·
Ikatan Sosial yang Rapuh - hubungan
sesama individu lebih bersifat materialistik , kepentingan perniagaan dan
kekayaan.Rasa tanggungjawab terhadap orang lain yang tiada hubungan semakin
hilang. Maka sesuatu tindakan yang
diambil tampa menghiraukan risikonya kepada orang lain, persekitaran, masa depan
bangsa, agama dan negara.
3) Faktor Kepimpinan dan Pentadbiran
·
Kelemahan pemimpin sesuatu
organisasi
Ø Iltizam
Kepimpinan Yang Lemah - Tidak ramai pemimpin yang sanggup melarang pengikut
dari amalan rasuah. Apatah lagi untuk bergiat aktif mencegah jenayah rasuah.
Mungkin kerana kurang kredibiliti atau takut dipulaukan. Keadaan ini bukan
sahaja berlaku dalam kepimpinan jabatan atau organisasi kerajaan sahaja tapi
juga dikalangan pimpinan NGO dan kepimpinan Politik negara.
4) Faktor Pembangunan Ekonomi dan Modenisasi
·
Perlaksanaan projek-projek
pembangunan tanpa kawalan
·
Tekanan modesasi untuk hidup
berlumba-lumba.
5)
Kuasa
·
Memiliki kuasa melalui pelantikan
jawatan Kuasa Pentadbiran
a.
Menggunakan peluang atau kesempatan
yang ada untuk kepentingan diri ketika memiliki kuasa dan tiada kawalan
dalaman.
6)
Ciri Rasuah Yang Unik
·
Perbuatan rasuah merupakan suatu
perlakuan jenayah yang unik kerana dalam kebanyakan keadaan pelaku dan
mangsanya, sebenarnya adalah dua pihak yang berkepentingan (interested party).
Dengan sebab itu, perlakuan jenayah rasuah sukar dikesan.
7)
Penguatkuasaan Undang-Undang Terbatas
Ciri rasuah yang unik
menyukarkan mereka yang melakukan jenayah rasuah di bawa ke pengadilan. Jika
kes dibawa, masalah masalah lain akan yang timbul seperti saksi enggan
bekerjasama, keterangan tidak mencukupi dan seumpamanya
B.
HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH SESEBUAH ORGANISASI DALAM
MENANGANI ISU RASUAH
Ø Menurut Syed Hussein (1995) terdapat Enam
Tipologi;
1) Rasuah Transaktif (transactive corruption): perbuatan kesepakatan timbal balik antara
pihak pemberi dan penerima demi keuntungan kedua belah pihak, dengan aktif
diusahakan tercapainya keuntungan ini oleh kedua-duanya.
2) Rasuah Memeras (extortive corruption): pihak pemberi dipaksa untuk merasuah untuk mencegah kerugian yang mengancam
dirinya, kepentingannya atau orang-orang dan hal-hal yang dihargainya. Pihak
pemberi dipaksa untuk melakukan rasuah bagi mengelakkan sebarang kerugian yang
bakal menimpa diri atau kepentingannya.
E
Pemberi
terpaksa memberi rasuah kerana, peminta dengan daya dan kuasa yang ada
padanya telah menggugat dan mengancam pemberi. Sekiranya permintaan peminta rasuah
tidak diikuti, maka pemberi rasuah akan dianiaya atau dizalimi. Rasuah
jenis ini dilakukan sebelum berlakunya sebarang kerugian terhadap pemberi rasuah.
memaparkan contoh perbuatan rasuah memeras:
E
Misalnya,
seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah
Seksyen Kuala Lumpur pada awal Disember 2006 yang lalu atas tuduhan menerima rasuah
wang tunai RM600. Anggota polis tersebut didakwa menerima suapan itu daripada
seorang lelaki berbangsa India sebagai upah supaya tidak mengambil tindakan
terhadapnya kerana kesalahan meletakkan van syarikat di tempat letak motosikal.
Anggota polis ini juga telah melakukan pemerasan terhadap lelaki India itu,
iaitu meletakkan ganja ke dalam van syarikatnya sehingga mendatangkan ketakutan
kepada mangsa. Oleh kerana dirinya terancam dan dianiaya serta telah dipaksa
untuk memberi rasuah maka lelaki India tersebut telah merasuah anggota
polis itu (Anon b. 2006,dalam Nor Hashima Jalaluddin & Razaimah
Rashidin,2008)
3) Rasuah Investif (investive corruption): pemberian barang atau jasa tanpa ada pertalian
langsung dengan keuntungan tertentu, selain keuntungan yang dibayangkan akan
diperoleh di masa yang akan datang.Dalam konteks ini *pemberi bersalah dan
penerima tidak bersalah*
E
Rasuah Investif ini dilakukan melalui pemberian sesuatu barang/entiti secara sukarela
oleh pemberi kepada penerima dengan tujuan untuk mendapat pembalasan pada masa
akan datang. Pembalasan yang akan diterima itu lebih kepada menjaga kepentingan
diri dan menguntungkannya. Selain itu juga, pemberi rasuah dalam rasuah
investif ini boleh dikategorikan bersalah kerana memberi sesuatu barang
ataupun entiti dengan niat yang berunsur negatif dan terselindung. Dalam
konteks ini juga, penerima rasuah investif ini boleh dianggap tidak
bersalah kerana tidak mengetahui langsung niat sebenar si pemberi rasuah.
E
Dalam
konteks hari ini, rasuah investif masih dilakukan di
negara ini. Misalnya, seorang peniaga akan memberi hadiah kepada penguasa yang
menguruskan bahagian perlesenan perniagaan dengan harapan pada masa akan
datang, permohonan lesen yang dilakukan akan diproses dengan cepat. Ataupun
perbuatan seorang kontraktor yang memberi hadiah, duit kopi atau ‘ang pow’
kepada pegawai-pegawai tertinggi yang menguruskan sesuatu projek pembinaan atau
sebagainya. Perbuatan ini secara tersiratnya seolah-olah untuk membodek
pegawai-pegawai tersebut bagi memperolehi sebarang peluang yang boleh
menguntungkan kontraktor tersebut.
4) Rasuah perkerabatan (nepotistic corruption): menerima jawatan iaitu rasuah
perkerabatan. Rasuah jenis ini dilakukan apabila sesuatu jawatan itu
diberikan kepada keturunan yang sama, kaum keluarga atau saudara mara untuk
memegang atau diberi sesuatu jawatan dalam sesebuah organisasi. Rasuah
Perkerabatan yang berlaku pada peringkat pembesar atau pegawai-pegawai
kerajaan atau sesiapa yang berkhidmat dengan sultan/raja sahaja.
E
Ini juga
lebih bersifat menjaga kepentingan dan mementingkan diri sendiri kerana
mengekalkan keturunan dalam
menerima jawatan tersebut tanpa memandang kepada kebolehan dan keupayaan
seseorang itu untuk menerima sesuatu jawatan itu.
5) Rasuah defensif (defensive corruption): perilaku mangsa rasuah dengan pemerasan dalam
rangka mempertahankan diri atau rasuah yang dilakukan oleh seseorang untuk
mempertahankan dirinya.
E
rasuah jenis ini menguntungkan pihak pemberi rasuah dan pihak yang
menerima rasuah. Berikut adalah contoh data yang melibatkan rasuah
defensif:
E
rasuah
defensif dapat difahami sebagai perbuatan di mana pemberi
terpaksa memberi rasuah kerana untuk mempertahankan diri dan
kepentingannya. Rasuah jenis ini menguntungkan pihak pemberi rasuah dan
pihak yang menerima rasuah serta bersifat dua hala.
6) Rasuah Autogenik (autogenic corruption): Dilakukan seorang diri. Satu bentuk
rasuah yang tidak melibatkan orang lain dan pelakunya hanya seorang sahaja.
Selalunya melibatkan pemalsuan.
E
Rasuah
autogenik melibatkan domain perbuatan atau aktiviti
pemalsuan dan pecah amanah. Rasuah Autogenik dapat difahami
sebagai perbuatan pemalsuan atau pecah amanah yang membolehkan seseorang itu
memperolehi keuntungan atau habuan yang tinggi. Rasuah ini dilakukan oleh seseorang secara sulit atau
tersembunyi dan bersifat satu hala sahaja.
E
Misalnya, November 2006, seorang kerani Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri (MITI) telah disiasat oleh pihak polis kerana didakwa terlibat dengan
kes pemalsuan permit import (AP) kenderaan mewah. Kerani wanita berkenaan
dikatakan telah berjaya memperolehi lebih RM400,000 sebelum ditahan polis.
Wanita itu dikatakan menjalankan kegiatan tersebut menggunakan kemudahan di
tempat kerja termasuk semasa kakitangan lain sedang bercuti untuk memalsukan AP
berkenaan. Dalam masa yang sama, Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk
Abdul Rahman Abdul Hamid telah mengatakan bahawa tiga syarikat besar iaitu dua
pengimport kereta terkemuka dan satu pengimport barang am didakwa di mahkamah
atas pelbagai kesalahan termasuklah memalsukan AP dan mengisytiharkan kereta
import di bawah nilai serta mengemukakan ikrar palsu Azman Ismail, 2006 dalam
Nor Hashima Jalaluddin & Razaimah Rashidin,2008). Oleh yang demikian,
perbuatan pemalsuan permit AP, pengisytiharan kereta import di bawah nilai
serta mengemukakan ikrar palsu dikategorikan sebagai Rasuah Autogenik.
Kesimpulannya....
Lantaran itu, ungkapan seperti ‘orang
memberi, kita merasa’, ‘ada udang di sebalik batu’ serta istilah ‘duit kopi’ adalah antara contoh
yang kadang kala mengandungi unsur-unsur rasuah yang biasanya Organisasi
terlepas pandang.Lantaran itu, rasuah dalam organisasi merupakan satu jenayah besar yang
perlu diatasi oleh sesebuah organisasi bagi memastikan tidak timbul masalah
yang boleh menjejaskan prestasi sesebuah Organisasi. Oleh itu Organisasi perlu
peka dengan keadaan sekeliling serta memantau
pergerakan para pekerja dengan lebih sistematik lagi.
RUJUKAN
Nor Hashima Jalaluddin & Rozaimah Rashidin. 2008.
Rasuah dalam Karya Sastera Melayu
Klasik: Satu Analisis Semantik Kognitif. Jurnal e-Bangi.3 (1):1-32
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan dalam http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_persidangan/2011/06/j enay ah_rasuah_dan_pecah_amanah_di_kalangan_pengarah_syarika.pdf.Diakses pada 5.May.2012.
Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah: sifat,
sebab dan fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Hari ni nak post banyak2 kat Blog ni...COz dah lama tak pernah post...
Dengan jam yg menunjukkan 1.31 AM....saya nak post Yg berunsur Ilmiah
Supaya boleh di kongsi Ilmu ini kepada masyarakat Umum terutamanya para warga Blog khususnya (ayat dah jadi berganda-ganda dah)
......!!!!!@@@@?????????????&&&&&%%%%$$$$$$$$$#######(((((()))))********<<<<>>>>>
KENAPA NI?
Time tuk Tudur Sayang Oiiiiii...........
Sorry tak dapt nak Post kali ketiga tu malam ni....InsyALLAH....saya akan post
sesuatu untuk di kongsi kan bersama...Wasalam
Lelapkan mata mu dengan Doa
Buka lah mata mu dgn Kesyukuran...
HADAPI DENGAN SENYUMAN.....iTU LAH SEDEKAH YG PSIKOLOGI..
Dengan jam yg menunjukkan 1.31 AM....saya nak post Yg berunsur Ilmiah
Supaya boleh di kongsi Ilmu ini kepada masyarakat Umum terutamanya para warga Blog khususnya (ayat dah jadi berganda-ganda dah)
......!!!!!@@@@?????????????&&&&&%%%%$$$$$$$$$#######(((((()))))********<<<<>>>>>
KENAPA NI?
Time tuk Tudur Sayang Oiiiiii...........
Sorry tak dapt nak Post kali ketiga tu malam ni....InsyALLAH....saya akan post
sesuatu untuk di kongsi kan bersama...Wasalam
Lelapkan mata mu dengan Doa
Buka lah mata mu dgn Kesyukuran...
HADAPI DENGAN SENYUMAN.....iTU LAH SEDEKAH YG PSIKOLOGI..
Lepaking
Tadi ada cerita tentang makan steamboat..But now nak bagi tengok Burger Gaint Lah Sangat..
BILA KITA LEPAKING SAMBIL
MAKAN BURGER
Burger di panggil Burger Giant..knpa?
Sebab burger ni besar..kalau burger ni kecil
di panggil Burger Nobita
Tetapi kalau burger ni Comel di di namakan
burger Suzuka…Just Kidding…
Tapi macam betul kan!!!!!!!
By the way Burger ni memang sedap dan cukup
besar..kami makan burger ni berlima
Kalau saya seorang yg makan mesti tambah
sihat lah cerita nya…Skrg ni pun makin sihat
Apa2 pun Alhamdulillah masih di berikan
kesihatan untuk terus maju kehadapan..
DINNER AND LEPAKING WITH HOUSEMATE.Macam biasa bila last sem….d tambah lagi dah last Year belajar ni…Tambah sedih di rasa ni….kira teramat-amat sedih lah…..Jadi sebelum kami berpisah semuanya..kami Housemate baru2 ku ni buat lah Dinner Makan SteamboaTSedap juga kalau wanita Bujang Ni masak…heheheheehYg pasti kami gembira Dinner sama2 ni…walaupun esok ada exam..
Tuesday, June 12, 2012
Just Noy Up-date
Last Farewell party with all AJK Blok A3 (kolej kediaman)
My Hot Drink...semestinya sedap di minum time hujan2.....
Saturday, April 14, 2012
KATA2 tengah mlm
PENING ITU BAGUS...BUAT OTAK KITA EXERCISE
MARAH ITU BAGUS..BUAT KITA BERFIKIR
MENANGIS ITU BAGUS..BUAT KITA SEMANGAT
FIKIR2 KAN LAH...
P/S Aku Mula Sedar yg slma ini aq lalui semua ini......ini lah yg telah membawa Aku skrg ni.....Fikir2 lah apa yg berlaku pada kita hanya lah sementara...kerana semua itu membawa makna kepada kita tampa kita sedari...Aku menangis, Aku penig, Aku marah (terima kasih beri Aku Perasaan tersebut)...
Friday, March 23, 2012
kata-kata hikmat
senyum malam
Sedih, muram,..kamu kecewa
Marah, Pening..kamu tekanan
Malas, penakut..kamu Rugi
semua ini akan hilang bila
Allah + Family + Sahabat=
Senyuman ,Ketawa, gembira..kamu Bahagia
Tuesday, March 6, 2012
My fieldwork di keningau...
Antara koleksi gambar semasa fieldwork di keningau
baru perasan banyak pula yg pakai baju Merah..
Disi kami kena pakai penutup muka..coz kena tabur baja kat
kelapa sawit...so Tired...
Angakat dan humban baja kebawah..kuat2 kami masa ni...
1. 2. 3 humban itu baja....
family
My nephew yg sgat d cyg...umur baru 4 tahun..the best birthday 27.7.2007
Very nice kan.This is First Nephew in my family.....But in 2012 i hear she will have
younger brother. By the way..i will get 2 Nephew..yess..InsyaALLAH..
This is my sister wedding....look my nephew naughty..hhhee.
this 3 girl in my family...3 little girl your all see in this picture...of cause the
one is my nephew..then 2 little girl is friend my nephew.
Tuesday, December 13, 2011
just_Study week
Study Week Datang Lagi
Lebry I Love You
Eye Please Don’t Pust To Sleep
Please Help Me To Study Hard
I TRY TO LISTEN MUZIC
BUT I CAN’T NOT FOCUS MY STUDY
SO IN CONCLUSION JUST_NOY
ONLY CAN STUDY IN SILENCE MOOD
Monday, December 12, 2011
Just_happy b'day
Bukan kek sebenar.(.x dpt upload kek yg kmi beli.)..
Hari yg memenatkn?????...dan mengenbirakan
Sambut b’day kawan (MIA) yang ke-22 di KFC
Pergi rumah kawan (NAB) yg tengah tension did lm bilik..
Pergi rumah kawan (ASMAH) masak2 dan makan..
Kami semua happy (Dila, Mar, An An, Kwn Asmah(X Tahu Namanya),Dan Just_Noy)
SELAMAT HARIJADI SEMUA …….
Sunday, December 11, 2011
just_Konsert
Semalam P Konsert Hot Fm N Coca Cola….Gempak Habis……
Artis Yg Dtng
May Yang Pasti Rock,
Sofaz Yang Cool N Stedy ,
Stecy Yang Lincah Sentiasa,
Arie Rafael Yang Hansem,
Najwa Latif Yang Kecik Molek
Friday, December 9, 2011
Just Seketika
Bila Just_Noy Sudah Takut Kpda Exam ni Lah Jadinya...
Rindu dgn Zaman Kanak2 yg study dgn kuat nya tu dapat Kejayaan.....
So knpa nak Stress skrg?.......Kesimpulannya bila kita dah Dewasa terlalu bnyk Fikir..Masa Kanak2 kita Happy Sambil Belajar...
NAK Pergi Jauh Mengapai Impian...Akan Ku Tunaikan Impian Mu...
SenYap SekeTika
Lama daH taK Update Blog Ni
Tak Ada Masa, No IdEa……
Semunya Lebih tertumpu pada Study Dulu
InSyaALLAH cUTi Ni aKan Aktif Semula….
Salam Bloger….JuSt_Noy
Saturday, October 29, 2011
CASE STUDY: THE KYOTO PROTOCOL AND HOW IT CAN BE UNDERSTOOD AS A ‘TRAGEDY OF THE COMMONS’.
Pendahuluan
Kyoto protocol adalah satu perjanjian untuk mengurangkan kesan gas rumah hijau. Manakala Istilah “TRAGEDY OF THE COMMONS” (Startegi pemilikan bersama) merupakan penulisan Garret Hardin iaitu Professor Emeritus of Ecology University of Santa Barbara-Califonia dalam majalah Science yang diterbitka pada tahun 1968.
Kyoto protocol
· Nama rasmi protokol ini ialah Protokol Kyoto dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim
· Menbincangkan mengenai pelepasan gas rumah hijau dan menberangsangkan ekonomi dan inisiatif lain untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (Metana,Nitrus Oksiada,Sulfur heksafluorida,CFC,PFC)
· Persidangan Kyoto Protocol di Jepun pada 11 Desember 1997 dan 113 parties setuju dengan Kyoto Protocol untuk mengurangkan gas rumah hijau yang berlaku
· 55 negara mewakili 55% penyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau di dunia diperlukan untuk menyokong Kyoto Protocol ini.
· Pada tahun 2001 Amerika Syarikat (penyumbang kepada pelepasan gas carbon dunia 35% setiap tahun) menolak Perjanjian Protocol kerana Kyoto Protocol akan merugikan ekonominya .
· Australia dan Rusia (menyumbang 17.4 % pelepasan gas dunia) turut sama tidak mahu menandatangani Kyoto Protocol tetapi pada 2004 Rusia telah setuju untuk menandatangani perjanjian Kyoto Protocol yang sah di sisi undang-undang (Elliot.J. 2006:96)
· Hingga Februari 2005, 141 buah negara telah menggunakan Kyoto Protocol termasuk Kanada, China, India, Jepun, New Zealand,Rusia dan 25 negara anggota Kesatuan Eropah, serta Romania dan Bulgaria.
“THE TRAGEDY OF THE COMMON”
· Membincangkan isu dari segi ekonomi dalam “The Tragedy of the common”.
ð Amerika yang menolak Kyoto Protocol kerana mengancam kelancaran dunia industri atau ekonomi Amerika. misalnya Exxon Mobil Company merupakan perusahaan minyak terbesar di dunia yang merupakan penyumbang ekonomi Amerika. Jika Amerika menyertai Kyoto Protocol ini maka Amerika perlu mengurangkan penggunakan gas karbon dioksida, nitrous oxide dan sebagainya. Maka ini memerlukan Exxon Mobil Company perlu mengurangkan pengeluaran minyak, dan ini dilihat mengancam ekonomi Amerika Syarikat.
· Peningkatan populasi manusia dengan sumber yang terhad
ð Sumber yang terhad dengan permintaan yang tinggi terhadap alam sekitar oleh manusia.
· Hardin turut mennyatakan bahawa sumber alam sekitar adalah hak milik bersama (Common property) cenderung untuk mengalami over-eksploitasi.
ð Taman Negara Amerika yang membuka kepada semua, tampa had dan menyebabkan berlakunya kepentingan diri (self interest) sehingga masyarakat mengunakan sumber alam dengan sesuka hati (Steiguer 1997:94)
· Menurut Hardin juga untuk mengatasi masalah alam sekitar ini nilai kemanusia (human value) dan moral yang diperlukan.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya perjanjian Kyoto protocol adalah penting bagi mengurangkan kesan rumah hijau.kerana melalui perjanjian ini menjalinkan kerjasama antara negara yang terlibat dalam merancang atau mengenalpasti masalah gas rumah hijau dan ini akan membantu negara-negara mengawal punca kesan rumah hijau yang berlaku.
RUJUKAN
DE Stigeur,J.E. (1997). The Age of Environmentalism. New York: McGraw Hill.
Elliot, Jennifer (2006). An Introduction to Sustainable Development. Abingdon, Oxon,Routledge
Analisis kritis terhadap Protokol Kyoto tentamgan dam solusinya http://www.scribd.com/doc/24674256/Analisa-Kritis-Terhadap-Protokol-Kyoto-Tantangan- Dan- Solusinya.Diakses pada 26.Oktober.2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)






.jpg)
.jpg)








