Friday, July 31, 2015

long time..2015 first taip...

ASALAMUALAIKUM  WARGA BLOGER SEMUA...

Setelah sekian lama baru dpt buka blog ni
now 2015....dah dekat 3 tahun rasanya tak buka
i just want to say
i miss all my friend in UMS
i miss my kolej E
i miss my campus life

BTW saya kena kuatkan diri tuk
terus berjaya dlm hidup ni
....Continued

Monday, January 14, 2013


Dunia berputar pada paksinya yg kita tak nmpak
Musim Bunga
Musim sejuk
Musim panas
Musim luruh

**klu ada musim yg anda minat boleh tambah


Selamat pagi semua
selamat tengah hari
selamat petang
selamat malam

MERDEKA

salam semua blogger

terlalu lama tak membuat post kat blog just_noy ni....
 saya dah hbis study...dan konvo pada bulan 10-- 2012
merasa merdeka sudah "SY DAH MERDEKA"..ayat sering kita
gunakan apabila hbs belajar..TETAPI??????

Kita belum lagi..hanya negara kita sahaja yg sdh MERDEKA...

setelah hbis study...kena hadapi dunia pekerjaan pula
bukan senng nak kerja...kira dua bulan saya mengganggur
dan akhirnya dapat kerja juga....TETAPI
Hanya Part time Job jak sebagai pembantu penyelidik...

Selamat berjuang semua...hidup ini sukar untuk
mencapai kejayaan, jika kita tidak usaha mencapainya




Thursday, June 14, 2012

Isu Rasuah

Rasuah tidak pernah lepas dari menjadi perbualan masyarakat tampa mengira bangasa, etnik tempat dan

 situasi serta darjat atau status seseorang.Namun pernah kita terfikir bahawa rasuah sebenarnya berlaku di

sekeliling kita tampa kita sedari.Oleh mari kita susuri  APA YANG DIKATAKAN RASUAH DAN 


KENAPA IA SUKAR UNTUK DIBENDUNG????????







1)    RASUAH Sogokan yang dapat menghilangkan hak dari pemilik sebagai tindakan untuk  membalas dendam.Sebagai contoh bagi kategori ini ialah seperti iri hati atau cemburu dengan pesaingnya dalam perniagaan.A telah memberi  sogokan kepada orang tertentu supaya mengenepikan projek yang sepatutnya diperolehi oleh B.

2)    Sogokan yang diberikan untuk memperolehi sesuatu sama ada jawatan, tempat, pekerjaan, tender/bidaan, projek atau kontrak.

3)    Di dalam Bahasa Inggeris, memberi rasuah dan menerima rasuah diberi
istilah berbeza iaitu “corruption” bagi menerima rasuah manakala
memberi rasuah diistilahkan sebagai “bribery”.




A.   CABARAN  YANG DIHADAPI OLEH SESEBUAH ORGANISASI DALAM MENANGANI ISU RASUAH
1)    Faktor Kelemahan Individu
·         Pegangan Agama / Nilai Murni Semakin Longgar – Tekanan hidup untuk berlumba-lumba mengumpul kekayaan daripada pembangunan yang pesat menyebabkan manusia lupa daratan dan melihat agama dan nilai murni tidak releven lagi dan lama-kelamaan sensitiviti terhadap ajaran agama dan nilai murni semakin kurang.

2)    Faktor Sosial
·         Ikatan Sosial yang Rapuh - hubungan sesama individu lebih bersifat materialistik , kepentingan perniagaan dan kekayaan.Rasa tanggungjawab terhadap orang lain yang tiada hubungan semakin hilang. Maka sesuatu tindakan  yang diambil tampa menghiraukan risikonya kepada orang lain, persekitaran, masa depan bangsa, agama dan negara.

3)    Faktor Kepimpinan dan Pentadbiran
·         Kelemahan pemimpin sesuatu organisasi
Ø  Iltizam Kepimpinan Yang Lemah - Tidak ramai pemimpin yang sanggup melarang pengikut dari amalan rasuah. Apatah lagi untuk bergiat aktif mencegah jenayah rasuah. Mungkin kerana kurang kredibiliti atau takut dipulaukan. Keadaan ini bukan sahaja berlaku dalam kepimpinan jabatan atau organisasi kerajaan sahaja tapi juga dikalangan pimpinan NGO dan kepimpinan Politik negara.
4)    Faktor Pembangunan Ekonomi dan Modenisasi
·         Perlaksanaan projek-projek pembangunan tanpa kawalan
·         Tekanan modesasi untuk hidup berlumba-lumba.

5)    Kuasa 
·         Memiliki kuasa melalui pelantikan jawatan Kuasa Pentadbiran
a.    Menggunakan peluang atau kesempatan yang ada untuk kepentingan diri ketika memiliki kuasa dan tiada kawalan dalaman.

6)    Ciri Rasuah Yang Unik
·         Perbuatan rasuah merupakan suatu perlakuan jenayah yang unik kerana dalam kebanyakan keadaan pelaku dan mangsanya, sebenarnya adalah dua pihak yang berkepentingan (interested party). Dengan sebab itu, perlakuan jenayah rasuah sukar dikesan.

7)    Penguatkuasaan Undang-Undang Terbatas
Ciri rasuah yang unik menyukarkan mereka yang melakukan jenayah rasuah di bawa ke pengadilan. Jika kes dibawa, masalah masalah lain akan yang timbul seperti saksi enggan bekerjasama, keterangan tidak mencukupi dan seumpamanya




B.   HALANGAN  YANG DIHADAPI OLEH SESEBUAH ORGANISASI DALAM MENANGANI ISU RASUAH
Ø  Menurut Syed Hussein (1995) terdapat Enam Tipologi;
1)    Rasuah Transaktif (transactive corruption): perbuatan kesepakatan timbal balik antara pihak pemberi dan penerima demi keuntungan kedua belah pihak, dengan aktif diusahakan tercapainya keuntungan ini oleh kedua-duanya.

2)    Rasuah Memeras (extortive corruption): pihak pemberi dipaksa untuk merasuah  untuk mencegah kerugian yang mengancam dirinya, kepentingannya atau orang-orang dan hal-hal yang dihargainya. Pihak pemberi dipaksa untuk melakukan rasuah bagi mengelakkan sebarang kerugian yang bakal menimpa diri atau kepentingannya.

E  Pemberi terpaksa memberi rasuah kerana, peminta dengan daya dan kuasa yang ada padanya telah menggugat dan mengancam pemberi. Sekiranya permintaan peminta rasuah tidak diikuti, maka pemberi rasuah akan dianiaya atau dizalimi. Rasuah jenis ini dilakukan sebelum berlakunya sebarang kerugian terhadap pemberi rasuah. memaparkan contoh perbuatan rasuah memeras:

E  Misalnya, seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada awal Disember 2006 yang lalu atas tuduhan menerima rasuah wang tunai RM600. Anggota polis tersebut didakwa menerima suapan itu daripada seorang lelaki berbangsa India sebagai upah supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana kesalahan meletakkan van syarikat di tempat letak motosikal. Anggota polis ini juga telah melakukan pemerasan terhadap lelaki India itu, iaitu meletakkan ganja ke dalam van syarikatnya sehingga mendatangkan ketakutan kepada mangsa. Oleh kerana dirinya terancam dan dianiaya serta telah dipaksa untuk memberi rasuah maka lelaki India tersebut telah merasuah anggota polis itu (Anon b. 2006,dalam Nor Hashima Jalaluddin & Razaimah Rashidin,2008)

3)    Rasuah Investif (investive corruption): pemberian barang atau jasa tanpa ada pertalian langsung dengan keuntungan tertentu, selain keuntungan yang dibayangkan akan diperoleh di masa yang akan datang.Dalam konteks ini *pemberi bersalah dan penerima tidak bersalah*

E  Rasuah Investif ini dilakukan melalui pemberian sesuatu barang/entiti secara sukarela oleh pemberi kepada penerima dengan tujuan untuk mendapat pembalasan pada masa akan datang. Pembalasan yang akan diterima itu lebih kepada menjaga kepentingan diri dan menguntungkannya. Selain itu juga, pemberi rasuah dalam rasuah investif ini boleh dikategorikan bersalah kerana memberi sesuatu barang ataupun entiti dengan niat yang berunsur negatif dan terselindung. Dalam konteks ini juga, penerima rasuah investif ini boleh dianggap tidak bersalah kerana tidak mengetahui langsung niat sebenar si pemberi rasuah.

E  Dalam konteks hari ini, rasuah investif masih dilakukan di negara ini. Misalnya, seorang peniaga akan memberi hadiah kepada penguasa yang menguruskan bahagian perlesenan perniagaan dengan harapan pada masa akan datang, permohonan lesen yang dilakukan akan diproses dengan cepat. Ataupun perbuatan seorang kontraktor yang memberi hadiah, duit kopi atau ‘ang pow’ kepada pegawai-pegawai tertinggi yang menguruskan sesuatu projek pembinaan atau sebagainya. Perbuatan ini secara tersiratnya seolah-olah untuk membodek pegawai-pegawai tersebut bagi memperolehi sebarang peluang yang boleh menguntungkan kontraktor tersebut.

4)    Rasuah perkerabatan (nepotistic corruption): menerima jawatan iaitu rasuah perkerabatan. Rasuah jenis ini dilakukan apabila sesuatu jawatan itu diberikan kepada keturunan yang sama, kaum keluarga atau saudara mara untuk memegang atau diberi sesuatu jawatan dalam sesebuah organisasi. Rasuah Perkerabatan yang berlaku pada peringkat pembesar atau pegawai-pegawai kerajaan atau sesiapa yang berkhidmat dengan sultan/raja sahaja.

E  Ini juga lebih bersifat menjaga kepentingan dan mementingkan diri sendiri kerana mengekalkan          keturunan dalam menerima jawatan tersebut tanpa memandang kepada kebolehan dan keupayaan seseorang itu untuk menerima sesuatu jawatan itu.  


5)    Rasuah defensif (defensive corruption): perilaku mangsa rasuah dengan pemerasan dalam rangka mempertahankan diri atau rasuah yang dilakukan oleh seseorang untuk mempertahankan dirinya.

E  rasuah jenis ini menguntungkan pihak pemberi rasuah dan pihak yang menerima rasuah. Berikut adalah contoh data yang melibatkan rasuah defensif:

E  rasuah defensif dapat difahami sebagai perbuatan di mana pemberi terpaksa memberi rasuah kerana untuk mempertahankan diri dan kepentingannya. Rasuah jenis ini menguntungkan pihak pemberi rasuah dan pihak yang menerima rasuah serta bersifat dua hala.

6)    Rasuah Autogenik (autogenic corruption): Dilakukan seorang diri. Satu bentuk rasuah yang tidak melibatkan orang lain dan pelakunya hanya seorang sahaja. Selalunya melibatkan pemalsuan.
E  Rasuah autogenik melibatkan domain perbuatan atau aktiviti pemalsuan dan pecah amanah. Rasuah Autogenik dapat difahami sebagai perbuatan pemalsuan atau pecah amanah yang membolehkan seseorang itu memperolehi keuntungan atau habuan yang tinggi. Rasuah ini  dilakukan oleh seseorang secara sulit atau tersembunyi dan bersifat satu hala sahaja.

E  Misalnya, November 2006, seorang kerani Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah disiasat oleh pihak polis kerana didakwa terlibat dengan kes pemalsuan permit import (AP) kenderaan mewah. Kerani wanita berkenaan dikatakan telah berjaya memperolehi lebih RM400,000 sebelum ditahan polis. Wanita itu dikatakan menjalankan kegiatan tersebut menggunakan kemudahan di tempat kerja termasuk semasa kakitangan lain sedang bercuti untuk memalsukan AP berkenaan. Dalam masa yang sama, Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid telah mengatakan bahawa tiga syarikat besar iaitu dua pengimport kereta terkemuka dan satu pengimport barang am didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan termasuklah memalsukan AP dan mengisytiharkan kereta import di bawah nilai serta mengemukakan ikrar palsu Azman Ismail, 2006 dalam Nor Hashima Jalaluddin & Razaimah Rashidin,2008). Oleh yang demikian, perbuatan pemalsuan permit AP, pengisytiharan kereta import di bawah nilai serta mengemukakan ikrar palsu dikategorikan sebagai Rasuah Autogenik.




Kesimpulannya....
Lantaran itu, ungkapan seperti ‘orang memberi, kita merasa’, ‘ada udang di sebalik batu’  serta istilah ‘duit kopi’ adalah antara contoh yang kadang kala mengandungi unsur-unsur rasuah yang biasanya Organisasi terlepas pandang.Lantaran itu, rasuah  dalam organisasi merupakan satu jenayah besar yang perlu diatasi oleh sesebuah organisasi bagi memastikan tidak timbul masalah yang boleh menjejaskan prestasi sesebuah Organisasi. Oleh itu Organisasi perlu peka dengan keadaan sekeliling serta memantau  pergerakan para pekerja dengan lebih sistematik lagi.


RUJUKAN
Nor Hashima Jalaluddin & Rozaimah Rashidin. 2008. Rasuah dalam Karya Sastera Melayu      Klasik: Satu Analisis Semantik Kognitif. Jurnal e-Bangi.3 (1):1-32

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan dalam           http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_persidangan/2011/06/j enay          ah_rasuah_dan_pecah_amanah_di_kalangan_pengarah_syarika.pdf.Diakses     pada 5.May.2012.    

Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah: sifat, sebab dan fungsi. Kuala Lumpur: Dewan     Bahasa dan Pustaka.



Hari ni nak post banyak2 kat Blog ni...COz dah lama tak pernah post...

Dengan jam yg menunjukkan 1.31 AM....saya nak post Yg berunsur Ilmiah

Supaya boleh di kongsi Ilmu ini kepada masyarakat Umum terutamanya para warga Blog khususnya (ayat dah jadi berganda-ganda dah)

......!!!!!@@@@?????????????&&&&&%%%%$$$$$$$$$#######(((((()))))********<<<<>>>>>

KENAPA NI?

Time tuk Tudur Sayang Oiiiiii...........

Sorry tak dapt nak Post kali ketiga tu malam ni....InsyALLAH....saya akan post
sesuatu untuk di kongsi kan bersama...Wasalam

Lelapkan mata  mu dengan Doa
Buka lah mata mu dgn Kesyukuran...

HADAPI DENGAN SENYUMAN.....iTU LAH SEDEKAH YG PSIKOLOGI..

Lepaking

Tadi ada cerita tentang makan steamboat..But now nak bagi tengok Burger Gaint Lah Sangat..





BILA KITA LEPAKING SAMBIL MAKAN BURGER

Burger di panggil Burger Giant..knpa?
Sebab burger ni besar..kalau burger ni kecil di panggil Burger Nobita
Tetapi kalau burger ni Comel di di namakan burger Suzuka…Just Kidding…
Tapi macam betul kan!!!!!!!
By the way Burger ni memang sedap dan cukup besar..kami makan burger ni berlima
Kalau saya seorang yg makan mesti tambah sihat lah cerita nya…Skrg ni pun makin sihat
Apa2 pun Alhamdulillah masih di berikan kesihatan untuk terus maju kehadapan..