Tuesday, December 13, 2011

just_Study week


Study Week Datang Lagi

Lebry I Love You

Eye Please Don’t Pust To Sleep

Please Help Me To Study Hard




I TRY TO LISTEN MUZIC

BUT I CAN’T NOT FOCUS MY STUDY

SO IN CONCLUSION JUST_NOY 

ONLY CAN STUDY IN SILENCE  MOOD 

Monday, December 12, 2011

Just_happy b'day

Bukan kek sebenar.(.x dpt upload kek yg kmi beli.)..




Hari yg memenatkn?????...dan mengenbirakan
Sambut b’day kawan (MIA) yang ke-22 di KFC
Pergi rumah kawan (NAB) yg tengah tension did lm bilik..
Pergi rumah kawan (ASMAH) masak2 dan makan..
Kami semua happy (Dila, Mar, An An, Kwn Asmah(X Tahu Namanya),Dan Just_Noy)
SELAMAT HARIJADI SEMUA …….

Sunday, December 11, 2011

just_Konsert

Semalam P Konsert Hot Fm N Coca Cola….Gempak Habis……
Artis Yg Dtng

May Yang  Pasti  Rock,
Sofaz  Yang Cool  N  Stedy ,
Stecy  Yang Lincah Sentiasa,
 Arie Rafael  Yang Hansem,
Najwa Latif Yang Kecik Molek

Friday, December 9, 2011

Just Seketika




Bila Just_Noy Sudah Takut Kpda Exam ni Lah Jadinya...



Rindu dgn Zaman  Kanak2  yg study dgn kuat nya tu dapat Kejayaan.....
So knpa nak Stress skrg?.......Kesimpulannya bila kita dah Dewasa terlalu bnyk Fikir..Masa Kanak2 kita Happy Sambil Belajar...
NAK Pergi Jauh Mengapai Impian...Akan Ku Tunaikan Impian Mu...


SenYap SekeTika
Lama daH taK Update Blog Ni
Tak Ada Masa, No IdEa……
Semunya Lebih tertumpu pada Study Dulu
InSyaALLAH cUTi Ni aKan Aktif Semula….
Salam Bloger….JuSt_Noy

Saturday, October 29, 2011

CASE STUDY: THE KYOTO PROTOCOL AND HOW IT CAN BE UNDERSTOOD AS A ‘TRAGEDY OF THE COMMONS’.

Pendahuluan
Kyoto protocol adalah satu perjanjian untuk mengurangkan kesan gas rumah hijau. Manakala Istilah  “TRAGEDY  OF THE COMMONS” (Startegi pemilikan bersama) merupakan penulisan Garret Hardin iaitu Professor Emeritus of Ecology University of Santa Barbara-Califonia dalam majalah Science yang diterbitka pada tahun 1968.
Kyoto protocol
·         Nama rasmi protokol ini ialah Protokol Kyoto dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim
·         Menbincangkan mengenai pelepasan gas rumah hijau dan menberangsangkan ekonomi dan inisiatif lain untuk  mengurangkan  pelepasan gas rumah hijau (Metana,Nitrus Oksiada,Sulfur heksafluorida,CFC,PFC)
·         Persidangan  Kyoto Protocol di Jepun pada 11 Desember 1997 dan 113 parties setuju dengan Kyoto Protocol untuk mengurangkan gas rumah hijau yang berlaku
·         55 negara mewakili  55% penyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau di dunia diperlukan untuk menyokong Kyoto Protocol ini.
·         Pada tahun 2001 Amerika Syarikat (penyumbang  kepada pelepasan gas carbon dunia 35% setiap tahun) menolak Perjanjian Protocol kerana Kyoto Protocol akan merugikan ekonominya .
·         Australia dan Rusia (menyumbang 17.4 % pelepasan gas dunia)  turut sama tidak mahu menandatangani Kyoto Protocol tetapi pada 2004 Rusia telah setuju untuk menandatangani perjanjian Kyoto Protocol yang sah di sisi undang-undang (Elliot.J. 2006:96)
·         Hingga Februari 2005, 141 buah negara telah menggunakan Kyoto Protocol termasuk Kanada, China, India, Jepun, New Zealand,Rusia dan 25 negara anggota Kesatuan Eropah, serta Romania dan Bulgaria.


“THE TRAGEDY OF THE COMMON”
·         Membincangkan isu dari segi ekonomi  dalam “The Tragedy of the  common”.
ð  Amerika yang menolak Kyoto Protocol kerana mengancam kelancaran dunia industri atau ekonomi  Amerika. misalnya  Exxon Mobil Company merupakan perusahaan minyak terbesar di dunia yang  merupakan penyumbang ekonomi  Amerika. Jika Amerika menyertai Kyoto Protocol ini maka Amerika perlu mengurangkan penggunakan gas karbon dioksida, nitrous oxide dan sebagainya. Maka ini memerlukan Exxon Mobil Company perlu mengurangkan pengeluaran minyak, dan ini dilihat mengancam ekonomi Amerika Syarikat.
·         Peningkatan populasi manusia dengan sumber yang  terhad
ð  Sumber yang terhad dengan permintaan yang tinggi terhadap alam sekitar oleh manusia.
·         Hardin turut mennyatakan bahawa sumber alam sekitar adalah hak milik bersama (Common property) cenderung untuk mengalami over-eksploitasi.
ð  Taman Negara Amerika yang membuka kepada semua, tampa had dan menyebabkan  berlakunya kepentingan diri (self interest) sehingga masyarakat mengunakan sumber alam dengan sesuka hati (Steiguer 1997:94)
·         Menurut Hardin juga untuk mengatasi masalah alam sekitar ini nilai kemanusia (human value) dan moral yang diperlukan.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya perjanjian Kyoto protocol adalah penting bagi mengurangkan kesan rumah hijau.kerana melalui perjanjian ini menjalinkan kerjasama antara negara yang terlibat dalam merancang atau mengenalpasti masalah gas rumah hijau dan ini akan membantu negara-negara mengawal punca kesan rumah hijau yang berlaku.
  
RUJUKAN
DE Stigeur,J.E. (1997). The Age of Environmentalism. New York: McGraw Hill.
Elliot, Jennifer (2006). An Introduction to Sustainable Development. Abingdon,          Oxon,Routledge
Analisis kritis terhadap Protokol Kyoto tentamgan dam solusinya      http://www.scribd.com/doc/24674256/Analisa-Kritis-Terhadap-Protokol-Kyoto-Tantangan-        Dan-        Solusinya.Diakses pada 26.Oktober.2011.

Friday, August 12, 2011

di Bulan ramadhan

Lama nya x tulis kat layar kotak merah ku ni.....
so malam ni bersaksikan bulan dan bintang serta serangga2 yg berterbangan d sekeliling ku
dan x lupa juga makhluk2 dot..dot...hhehe korang tahu jg kan......
aq mula taipan dgn Ayat 'Syukur' coz d berikan nafas utk menyambut bulan yg mulia ni.....
d bulan Ramadhan ni aq berniaga......Alhamdulillah adalah jg Rezeki yg membuat bibir ini tersenyum..amin
Business ni pun aq jalankan coz kena paksa oleh mak cik2 kampung ku... semua dorng galakkan aq menjual ABC.....so aku pun layan lah mak cik2 ni...bersandarkan pengalaman kat ums ambil subjek Asas Keusahawanan (APK)  jdi aku salurkan lah sedikit ilmu dri apa yg aku belajar....
Hasil nya syukur yg dpt aq ungkapkan............

Bukan senang juga ni nak berniaga.....utk mencapai Business yg maju kena RAJIN....X PUTUS ASA..KRETIF DAN ENOVATIF...,tapi ia juga b'gtng pada dri kita sendiri....sekian dlu......

Monday, June 13, 2011

kenangan kat hostel/asrama

klu bab2  hostel/asrama ni..bnyk juga lah ceta2 yg menarik....tpi yg sya dengar lah dri roomate2 dan kwn2 yg lain...ada yg seram...Lucu pun ada jga......Tapi nak ceta bab kenangan ni bnyk sgt....jdi kena pilih yg plig top lah ni...........
Cerita bermula begini...pada suatu hari kakak roomate aku ni tengah sidai @ jemur kain kat balkoni Hostel/Asramah...tpi tiba2 muncul seekor anjing...Kat hostel kmi ni terlalu bnyk bodygurd (anjing)..mcm2 kejian berlaku.ada yg di kejar anjing lah...dan mcm2 lagi lah..aku sendri pun perna kena juga...huhu...mcm mhu jatuh jak jantung ku masa tu......
Berbalik kpda cerita roomate ku yg sidai kain tu...masa anjing tu dtng dia x perasan....dan bila di berpaling bukan main terkejutnya dia anjing tu kat blakg dia...nak lari x thu nak ke mn.....x kan nak terjun kat balkoni tu..apa tak nya jarak roomate ku dgn anjing berapa meter jak ibarat selangkah lah gitu..tpi roomate ku berani skit dia x lari tpi melekat kat besi balkoni mcm spidermen..ahahhaaa.....
yg pelik nya anjing tu x menyalah..malahan anjing tu seakan-akan takut kat dia..pelikan..anjing tu pun bersandar kat diding dan roomate ku dan anjing tu sempat juga berpaling antara satu sama lain....pastu anjing tu pun  berlalu pergi...hehhehe....roomate ku apa lagi.....laju2 masuk bilik...x sdah terfikir tentang kain yg dijemur(sidai..)...........


Merananya skit  gigi..huhuhu...Ubat2 .....
patut lah dlm lagu lebih baik skit hati dri sakit gigi...


Wednesday, June 8, 2011



pengalaman.....lihat jauh2
siapa dekat, siapa jauh
siapa dia, siapa aku
siapa lawan, siapa kawan
thanks...your all...ehmm....





Lama gila dah tak coret2 kat blog tercinta ku ni......rindu rasanya kat korang semua
apa ceta menarik...???????????????????????????????
nak jalan2..ronda2...kat blog korang kejab lagi..nak tmbah ilmu..ehhheeheh
jgn marah.....lumrah dlm blog....happy holiday to your all..

Bosan...nya hari ni..cuti 4 bulan lamanya huahuahauhau
nak keja2..sapa2 ada keja kosong give me but yg halal k
tpi bgi yg simple2 lah heeh...coz aku ni simple jak org nya......
sebab apa aq tnya mcm tu..kerana nnti korang twrkan keja sebagai pramugari palk....hahaaha (semestinya Tidak)...Simple is perfect...eya kah...bgi sya iya kot..


Thursday, May 12, 2011

cinta itu buta?...




Tidak semua insan di dunia  ni sempurna.........

kesempurnaan itu dtng dri hati yg suci......

sempurna luaran x semestinya membawa kbhgian.....

sempurna d hati insyaallah membawa kebahagian...

ingat lah janji yg diungkapkan telah terlulis tmpa disedari....

janji tetap janji.....x semua janji dpt d laksanakan

tapi janji yg sebenar lahir dri hati yang suci.....

(..hanya sekadar ungkapan..heheh..)

Friday, May 6, 2011

drama...suatu permulaan..

fuuuuuuuuuu...........

kadang2 kita dgr nasihat org

kita terima nasihat tu dgn baik

tidak guna nasihat org jka kita sendri buat

pengalaman mengajar dri ini tuk b'dri dgn kuat

jgn biar kan nasihat itu memakan diri sendiri

nasihat?..tak semua nasihat itu baik untk kita...

kdng2 ada nasihat yg berbaur dengki..iri hati..cemburu..

kita yg tentukan semua pergerakan kita...

hati berbisik...di mn tuk d tuju...........

percaya...yakin..sabar...pada diri sendiri..

tidak memburukkan org..dan doa............

insyaallah.....kita akan temui teman..sahabat..friends...kawan...

yg terbaik.......

Sunday, April 24, 2011

Farewell party...2

KEK...farewell party kali ni kek coklat...murah jak...
tapi sodap....nyamiiiiiii

Semua org kelaparan.....hbis kek coklat ni d org buat..huhu
aq apa kurangnya plg banyak makan rasanya...hheee
nak tahu..walaupun kecil tapi dpt menampung kami yg banyak ni n kat makan
COZ..tukang potong kek pro orng nya...sapa lagi klu bukan Kak Nadia...

Sesi bergambar kejab dan menerimaan cenderahati kpda ahli rumah..,,,party ni dah menjadi 
salah satu aktiviti rumah kami..ini party yg ke-2..tak perlu proposol,tak perlu nak buat laporan, 
tak perlu lah semua surat2 ni tuk buat party ni..Kami buat party dgn duit kita org semua...
walaupun sederhana but meria....

Antara juadah akan ditelan oleh kami semua.............
Pizza....Satay...mee.....ayam.....air...keropok.....Kek
sup.....nak lagi...!!!!!!

Tengok pinggan ku...itu x sabar nak makan dah.....siap bawa penyepit lagi...
tapi x d guna...hehhe..peace tuk korang semua..

 Kami semua rumah 5...ada lagi blum masuk......kami dlam rumah ni ada 12 orng semua ya.
yg lain x dapat nak kenalkan atas sebab2 tertentu...huhu..apa2 pun kami rumah 5
sgt happy..harap2 sem depan kita satu ruma lagi....Kpd INTAN..yg bakal p sandakan
slmat jalan..hati2 kat sana k.Intan ni yg pegang anak patung...yg cute2 org nya..dia jadi
model kami tuk peragaan..kak Fidah yg baju pink tu jadi juru make-up,,,vera(baju  hitam)
jadi pengurus pakaian,,,aq plak jadi perunding imej jak...d org x bagi aq make-up.coz nnti
x jdi mcm org plak....ehhehheehe..hahaha

Fieldwork....



Fieldwork kat Mitabang Homestay..Kenangan b'gbr bersama
pengerusi Homestay..Bermain Gong...hhuhu..samapi terputus tali aq buat
nasib pantas klu x habis kaki ni terluka...uhuh

Antara pemandangan yg menarik tuk bergambar...syokkk


nyami.......sedap....makanan kampung..nasi yg terhasil drpd sumber tnman sendiri...ikan segar dari sungai
Permainan yang menguji kesabaran ku..akhirnya pandai juga..walaupun beberapa minit jak...terus lupa balik..
short memory lah kata kan..best kurang gila...hehe

bilik pelancong..tempat kami sleep...boy dan girl asing2 k..
x leh sama2..AWAS..


Saturday, April 23, 2011

Pembentangan...qu....

SOALAN 1: According to the World Bank, Newly Industrializing Countries (Negara Perindustrian Baru) are miracle economic. Explain
PENDAHULUAN
Kegawatan ekonomi yang telah melanda negara-negara asia menyebabkan peranan negara dalam pembangunan semakin dipertikaikan. Negara dianggap tidak lagi releven dan seharusnya berundur  dan membolehkan pasaran mengendalikan urusan ekonomi  secara lebih efisyen. Namun demikian kemampuan sesebuah negara mengatasi masalah kemelesetan merupakan satu kejayaan dalam ekonomi dunia.
KENAPA BANK DUNIA MENNYATAKAN BAHAWA NEGARA PERINDUSTRIAN BARU SEBAGAI KEAJAIBAN DUNIA?
Negara Perindustrian Baru dilihat mengamalkan ideologi Neo-Liberal (The Asian Miracle dalam Willis, Katie.2005:55) iaitu:
1.     Membuka ekonomi kepada pelabur asing dan perdagangan asing
Ø  Mengalakkan pelaburan dan perdagangan asing memainkan peranan yang besar dalam pembangunan ekonomi negara.Pada 1986, kerajaan telah melonggarkan Pelaksanaan Akta Penyelarasan Pelaburan dan mengekalkan galakan dalam bentuk pelepasan cukai melalui Pengenalan Akta Galakan Pelaburan 1986.
Ø  Proses ini disebut  perindustrian -berpacukan-eksport (liberalized export-led industrialization) iaitu pelaburan asing memainkan peranan yang sangat penting (Guy Standing 1993 dalam Abdul Rahman Embong 2000).
2.    Menghadkan peranan kerajaan dalam ekonomi negara.
Ø  Tun Mahathir Mohammad Perdana Menteri Malaysia Keempat-Dibawah pimpinan beliau mendorong peranan pasaran secara lebih luas sebaliknya negara lebih banyak berperanan menetapkan strategik dan dasar ekonomi negara dan menggalakkan monopoli dan konglomerat swasta untuk melaksanakan dan memenuhi hasrat negara. Misalnya dalam dasar penswastaan, (Rahimah Abdul Aziz dalam Abdul Rahman Embong 2000: 45)
3.    Pelaburan dalam sumber manusia terutamanya dari segi pendidikan
Ø  Sepanjang tempoh pengalaman Malaysia , pembangunan sumber manusia terus mendapat perhatian kerana sektor pendidikan sentiasa mendapat peruntukan terbesar dalam peruntukan perbelanjaan pembangunan untuk subsektor sosial.
Ø  Keutamaan yang tinggi diberi kepada pendidikan dengan meningkatkan pelaburan,perkara ini penting bagi membangunkan kemampuan untuk mencipta dan menyebaran pengetahuan baru. Pendidikan asas yang kukuh adalah teras bagi melahirkan tenaga buruh yang sihat, berkemahiran dan membolehkan negara bersaing dengan jayanya di pasaran dunia.
4.    Negara Asia timur juga telah dianggap sebagai ‘East Asian Model’ sebagai contoh untuk peningkatan ekonomi di negara-negara lain.
Ø  Salah satu sebab penting mengapa ekonomi-ekonomi Asia Timur menjadi contoh sifat murni adalah kerana berdasarkan pelbagai penanda sosio-ekonomi, kemajuan sebenar dalam taraf kehidupan berjaya dicapai sejak kemerdekaan. Dari masyarakat miskin dan berdasarkan pertanian, mereka telah mengalami perkembangan perindustrian dan menghapuskan kebuluran, menghancurkan kemiskinan dan tahap kesengsaraan yang masih berleluasa di merata Dunia Ketiga.
KRITIKAN TERHADAP PANDANGAN BANK DUNIA (IDEOLOGI NEO-LIBERAL)
1.    Tidak hanya satu pendekatan sahaja digunakan tetapi terdapat pelbagai pendekatan digunakan
Ø  IDEOLOGI NEO-LIBERAL walaupun pada dasarnya melihat peranan kerajaan adalah terhad dalam pembangunan ekonomi, tetapi sebenarnya kuasa  kerajaan masih besar dalam mempengaruhi ekonomi negara. Misalnya melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dalam krisis 1997-1998 dan peranannya dalam menangani syarikat-syarikat yang bermasalah serta memastika kehidupan rakyat tidak terjejas. Selain itu atas Dasar Ekonomi Baru (DEB),memperlihatkan peranan kerajaan dalam membasmi kemiskinan.
2.    Laporan bank dunia gagal menyatakan tingkat kemiskinan dan ketaksamaan Negara-negara rantau.
Ø  Kajian bank dunia pernah menegaskan bahawa usaha mengalakkan ekonomi yang pesat di sesebuah negara khususnya melalui proses perindustrian memainkan peranan penting dalam mengurangkan masalah kemiskinan (Bhalla dan Khalas  1992 dalam Abdul Rahman Embong 2000: 143)
Ø  Namun,perindustrian telah memberi kesan kepada sosioekonomi yang negatif seperti penghijrahan desa ke Bandar yang berlebihan, bertambahnya masalah pengangguran di kawasan Bandar,kemunduran di kawasan pendalaman dan perbezaan kentara dalam jurang pendapatan antara kawasan, sektor dan kumpulan pendapatan.
3.    Pengunaan “Keajaiban” telah dipersoalkan, kerana konsep keajaiban itu sukar untuk diterangkan.
Ø  Menurut (Ganaut 1998 dalam Willis, Katie. 2005:57) tidak ada wujudnya sesuatu yang dikenali sebagai “Keajaiban’ di Asia Timur.Namun fenomena perkembangan ekonomi di Asia Timur selepas satu ekonomi kepada ekonomi yang lain mula mengumpul keuntungan,meningkatkan penggunaan teknologi dan mengunakan sumber manusia dengan efektif untuk pembagunan ekonomi
KESIMPULAN
Ø  Negara perindustrian baru merupakan satu kejayaan bagi sesebuah negara dalam membentuk pembangunan ekonomi. Walau bagaimanapun, Pembangunan yang mapan haruslah mengambil kira semua aspek iaitu kebajikan masyarakat dan alam semulajadi. Maka ini akan memperlihatkan kemajuan negara bukan hanya pada perindustrian malah penerimaan positif masyarakat terhadap pembangunan itu sendiri.



RUJUKAN
Abdul Rahman Embong. 2000. Negara Pasaran dan Pemodenan Malaysia. Bangi: Universiti    Kebangsaan Malaysia.
Pelaburan Asing.Dalam http://www.scribd.com/doc/43275317/pelaburan-asing. Diakses        pada 6.March.2011
Willis, Katie. 2005. Theories and Practice of Development. Oxon and New York : Routledge.


just my keja....

SOSIOLOGI PELANCONGAN AA 20203

TEMPAT/ MASA : BTG 7 /SELASA & 9-10AM


Soalan Tutorial 8 : Mengapakah eko-pelancongan itu didakwa sebagai jenis pelancongan yang mapan? Sejauhmanakah penglibatan komuniti merupakan komponen dan pra-syarat utama untuk mencapai pembangunan eko-pelancongan yang mapan? Bincangkan.

PENGENALAN
§  Lascurain (1988) mendefinisikan eko-pelancongan iaitu ‘lawatan kepada kawasan-kawasan semula jadi yang tidak tercemar, dengan tujuan untuk mengkaji serta menikmati keindahan alam semula jadi, tumbuh-tumbuhan dan binatang liar, serta sebarang keunikan budaya yang terdapat di tempat-tempat tersebut’.
§  World Coservation Union (IUCN) dan Thompson pula mendefinisikan eko-pelancongan sebagai ‘perjalanan penuh tanggungjawab ke kawasan-kawasan semula jadi yang terpelihara untuk menikmati dan menghargai alam (serta lain-lain elemen budaya yang ada). Ia menggalakkan pemeliharaan serta kurang meninggalkan impak dan juga memberi faedah kepada sosioekonomi penduduk setempat’.
§  Goodwin (1996) menyifatkan eko-pelancongan sebagai pelancongan alam semula jadi yang mempunyai impak yang minimum dan menyumbang kepada pengekalan habitat dan spesies hidupan secara langsung atau tidak langsung. Ianya dikaitkan dengan sifat mesra alam dan juga dengan kawasan alam semula jadi yang belum diterokai, menikmati dan menghargai alam semula jadi termasuk kebudayaan masyarakat tempatan sama ada pada masa kini atau akan datang. Eko-pelancongan juga mempunyai hubungan dengan pemuliharaan, impak atau kesan yang minimum dan mendatangkan kesan keuntungan sosioekonomi daripada penglibatan penduduk tempatan.
§  Pelancongan mapan pula diterangkan sebagai sebuah industri yang cuba memberi kesan yang minimum terhadap alam sekitar dan budaya serta dapat menjana pendapatan, peluang pekerjaan dan pemuliharaan ekosistem tempatan.
§  Mapan pula bukan sahaja melibatkan alam sekitar malah budaya dan tradisi komuniti tempatan. Hal ini akan membolehkan pelancong sentiasa mengingati sebuah komuniti serta destinasi yang dikunjunginya.

MENGAPAKAH EKO-PELANCONGAN ITU DIDAKWA SEBAGAI JENIS PELANCONGAN YANG MAPAN?
1.       Melibatkan pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian hidupan.
ü  Eko-pelancongan bukannya pelancongan semula jadi yang bertujuan untuk memberikan  keseronokan kepada pelancong dalam menikmati alam semula jadi ataupun hidupan liar tetapi ianya melibatkan kesan atau impak pelancongan yang minimum kepada kepelbagaian hidupan dimana pelancong haruslah menghormati dan membantu mengekalkan keadaan asal sesuatu kawasan pelancongan tersebut seperti sediakala.
2.       Mengekalkan budaya masyarakat.
ü  Melalui eko-pelancongan, budaya tradisi sesebuah masyarakat tempatan akan dapat dijaga dan dapat diwarisi melalui persembahan-persembahan yang dipersembahkan oleh penduduk tempatan kepada pelancong.
3.       Mengekalkan suasana yang nyaman di sesebuah kawasan pelancongan.
ü  Aktiviti eko-pelancongan yang mengekalkan keadaan asal alam sekitar sekaligus membantu dalam mengekalkan suasana yang nyaman destinasi pelancongan tersebut.
ü  Contohnya, udara yang segar, nyaman dan selesa.
4.       Menitikberatkan penglibatan komuniti.
ü  Eko-pelancongan sememangnya melibatkan komuniti. Tanpa komuniti, aktiviti eko-pelancongan tidak akan berjalan lancar.
ü  Penglibatan komuniti ini penting dalam menjayakan konsep eko-pelancongan sebagai pelancongan yang mapan. Melalui komuniti ini, alam sekitar ini akan dapat dipelihara dan dipulihara dengan baik dan jayanya.
5.       Menurut Whelan (1991), beliau mengatakan eko-pelancongan sebagai pembangunan ekonomi mapan bagi membekalkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada komuniti tempatan disamping membenarkan penerusan kewujudan sumber alam semula jadi.

         JENIS-JENIS PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM EKO-PELANCONGAN

JENIS
CIRI
Penglibatan Manipulatif
-Penduduk dijadikan boneka dan dikatakan memegang jawatan
  tetapi projek pembangunan didalangi pihak luar.
-Tahap kawalan oleh penduduk sangat sedikit.
Penglibatan Pasif
-Penduduk melibatkan diri dalam projek pembangunan setelah
  keputusan mengenai pembangunan dibuat oleh pihak penggerak.
-Maklumbalas penduduk tidak diminta kerana lebih menekankan  
 pendapat profesional dari luar.
Penglibatan Melalui Perundingan
-Agen luar merujuk kepada komuniti tempatan dengan meminta
  pendapat mereka mengenai projek yang dibentuk oleh pakar dari
  luar, masih kurang kawalan dari komuniti terhadap proses
  pelaksanaan
Penglibatan Bermotivasikan Pulangan Material yang diperlukan Komuniti
-Komuniti  melibatkan diri dengan menawarkan sumber (tenaga
  buruh) bagi kelangsungan hidup.
-Namun,ia tetap dianggap penglibatan dan penglibatan ini akan
  berakhir sekiranya insentif berakhir.
Penglibatan Berperanan
-Penglibatan komuniti dilihat sebagai penting untuk mencapai
  objektif projek, kerana pengibatan dapat mengurangkan kos.
Penglibatan Interaktif
-Komuniti terlibat dalam analisis projek, pembentukan pelan
  tindakan.
-Penglibatan dilihat sebagai satu hak, bukan hanya sebagai agen
  untuk mencapai matlamat projek.
Penglibatan Pergerakan Sendiri
-Komuniti sendiri mengambil inisiatif untuk menggerakkan projek
  pembangunan mereka.
-Menjalankan hubungan dengan institusi luar untuk bantuan
  teknikal dan khidmat nasihat tetapi mengawal penggunaan
  sumber.
-Penglibatan jenis ini memerlukan kerangka sokongan dari kerajaan
  dan pihak swasta (NGO)






























Sumber : Diubahsuai dari Mowfort dan Munt (1998)

SEJAUHMANAKAH PENGLIBATAN KOMUNITI MERUPAKAN KOMPONEN DAN PRA-SYARAT UTAMA UNTUK MENCAPAI EKO-PELANCONGAN YANG MAPAN? BINCANGKAN.

Komuniti merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi suatu tingkah laku yang mempunyai beberapa kepentingan, perasaan yang dapat mengambarkan status kelompok tersebut
         i.            Fallon dan Kriwoken (2003) - Penglibatan terus komuniti dalam perkhidmatan tertentu amat diperlukan seperti di pusat penerangan pelancongan, di mana pengetahuan komuniti tempatan adalah kredibel berbanding pengetahuan luar.
       ii.            Burns dan sacho (2003) - Penglibatan komuniti merupakan satu perkara yang muncul secara semulajadi dan tanpa disedari kerana komuniti merasakan mereka adalah sebahagian dari produk pelancongan.
     iii.            Mitchell (2001) - Dalam konteks eko-pelancongan, penglibatan komuniti tempatan dalam pembangunan pelancongan dapat mengurangkan kesan negatif yang dihasilkan terhadap alam sekitar tanpa menjejaskan hasil kegiatan pelancongan.
     iv.            Mowfort dan Munt (1998) - Menyatakan komuniti merupakan aspek kawalan atau sebagai kayu ukur bagi kejayaan atau kegagalan dalam pelancongan mapan.

1.       Penglibatan komuniti – satu bentuk tindakan sukarela yang melalui individu mengambil peluang dan memikul tanggungjawab kemasyarakatan (Tosun, 2006).
2.       Pelancongan yang mapan haruslah mengambil kira aspek - aspek:
v  Memulihara sumber alam semula jadi, sosial, budaya dan ekonomi.
v  Mengandungi elemen pendidikan kepada pihak tuan rumah, pelawat dan pengusaha.
v  Menekankan aspek penyertaan masyarakat setempat.
3.       Mitchell (2001) menyatakan dalam konteks eko-pelancongan, penglibatan penduduk tempatan dalam pembangunan pelancongan dapat mengurangkan kesan negatif yang dihasilkan terhadap alam sekitar tanpa menjejaskan hasil kegiatan pelancongan.
4.       Penglibatan komuniti dilihat dalam 2 perspektif iaitu dalam proses membuat keputusan dan bentuk faedah yang diperolehi. Penglibatan ahli komuniti dalam melaksanakan projek pembangunan pelancongan penting ke arah pendekatan pelancongan lestari (mapan). Penglibatan komuniti membantu menjayakan projek pelancongan itu sendiri dari segi penawaran sumber manusia dan perkongsian pengetahuan mengenai kawasan tempatan dan sumber-sumber di kawasan pelancongan tersebut.
5.       Penglibatan ini seterusnya akan membantu mereka untuk meningkatkan pemahaman mereka terhadap projek yang dijalankan dan faedah yang dibawa oleh pelancong, menanamkan rasa tanggungjawab terhadap sumber yang ada pada komuniti dan memberi peluang untuk mengawal penggunaan sumber tempatan.

KAJIAN KES
1)     Homestay Kampung Raga, Yan Kedah
ð  Kemenangan kategori Sungai Terbersih dan Tercantik dalam Pertandingan Kebersihan Sungai ,anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS).Atas kejayaan yangtersebut JPS telah mengerakkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) agar menubuhkan Program Homestay di Kampung Raga.Perkara ini telah diusulkan dengan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kedah (UPEN).
ð  Kementerian Kebudayaan, kesenian dan pelancongan(KKKP) telah memberi 24 buah rumah sebagai tuan rumah homestay.
ð  Pengurusan Program Homestay Kampung Raga dijalankan oleh ahli jawatankuasa kecil  “Pelancongan Agro dan Homestay”.
ð  Kebanyakan tetamu adalah dari kalangan pelancong tempatan iaitu dari institusi pengajian tinggi, agensi awam dan sektor swasta.Kunjungan pelancong luar seperti Jepun, Australia, dan korea.Kebanyakan mereka adalah pengembara backpackers yang berumur di antara 18 hingga 38 tahun.
ð  PENGLIBATAN komuniti didorong oleh kemahuan dan kesungguhan mereka sendiri.Komuniti mempunyai kawalan terhadap membuat keputusan yang bakal diambil bersama dan mengenalpasti pengurusan sumber-sumber yang ada.Komunti membuat keputusan tentang jadual aktiviti atau lawatan, makanan, agihan kerja dan agihan pendapatan.



KESIMPULAN
Justeru itu, pernyataan bahawa ekopelancongan itu adalah pembangunan yang mapan adalah benar. Ekopelancongan berbeza dengan pelancongan alam semula jadi. Hal ini kerana, ekopelancongan menggalakkan pemuliharaan dan pemeliharaan antara alam semula jadi dengan melibatkan komuniti. Penglibatan komuniti sememangnya memainkan peranan yang penting dalam aktiviti ekopelancongan tersebut memandangkan mereka merupakan penggerak utama dalam bidang pelancongan. Justeru itu, kerjasama daripada komuniti amatlah diperlukan bagi menjayakan pelancongan alam sekitar yang mapan.



RUJUKAN

Badaruddin Mohamed. 2008. Pelancongan Lestari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Badaruddin Mohamed dan Nikmatul Adha Nordin. 2007. Perancangan Pelancongan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.



Page, Stephen J. And Dowling, Ross K. 2002. Ecotourism. London: Prentice Hall.

Kalsom Kayat dan Norasikin Mohd.Nor (2006). Penglibatan Ahli Komuniti dalam Program                                    
Pembangunan Komuniti : Satu kajian ke Atas Program Homestay di Kedah. Akademika 6 (Januari ) 77-
102.

Lee Boon Hiong. 2007. Pembangunan Ekopelancongan di Cameron Hingland: Satu Kajian Kes  Universiti Sains
Malaysia.