Saturday, April 23, 2011

just my keja....

SOSIOLOGI PELANCONGAN AA 20203

TEMPAT/ MASA : BTG 7 /SELASA & 9-10AM


Soalan Tutorial 8 : Mengapakah eko-pelancongan itu didakwa sebagai jenis pelancongan yang mapan? Sejauhmanakah penglibatan komuniti merupakan komponen dan pra-syarat utama untuk mencapai pembangunan eko-pelancongan yang mapan? Bincangkan.

PENGENALAN
§  Lascurain (1988) mendefinisikan eko-pelancongan iaitu ‘lawatan kepada kawasan-kawasan semula jadi yang tidak tercemar, dengan tujuan untuk mengkaji serta menikmati keindahan alam semula jadi, tumbuh-tumbuhan dan binatang liar, serta sebarang keunikan budaya yang terdapat di tempat-tempat tersebut’.
§  World Coservation Union (IUCN) dan Thompson pula mendefinisikan eko-pelancongan sebagai ‘perjalanan penuh tanggungjawab ke kawasan-kawasan semula jadi yang terpelihara untuk menikmati dan menghargai alam (serta lain-lain elemen budaya yang ada). Ia menggalakkan pemeliharaan serta kurang meninggalkan impak dan juga memberi faedah kepada sosioekonomi penduduk setempat’.
§  Goodwin (1996) menyifatkan eko-pelancongan sebagai pelancongan alam semula jadi yang mempunyai impak yang minimum dan menyumbang kepada pengekalan habitat dan spesies hidupan secara langsung atau tidak langsung. Ianya dikaitkan dengan sifat mesra alam dan juga dengan kawasan alam semula jadi yang belum diterokai, menikmati dan menghargai alam semula jadi termasuk kebudayaan masyarakat tempatan sama ada pada masa kini atau akan datang. Eko-pelancongan juga mempunyai hubungan dengan pemuliharaan, impak atau kesan yang minimum dan mendatangkan kesan keuntungan sosioekonomi daripada penglibatan penduduk tempatan.
§  Pelancongan mapan pula diterangkan sebagai sebuah industri yang cuba memberi kesan yang minimum terhadap alam sekitar dan budaya serta dapat menjana pendapatan, peluang pekerjaan dan pemuliharaan ekosistem tempatan.
§  Mapan pula bukan sahaja melibatkan alam sekitar malah budaya dan tradisi komuniti tempatan. Hal ini akan membolehkan pelancong sentiasa mengingati sebuah komuniti serta destinasi yang dikunjunginya.

MENGAPAKAH EKO-PELANCONGAN ITU DIDAKWA SEBAGAI JENIS PELANCONGAN YANG MAPAN?
1.       Melibatkan pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian hidupan.
ü  Eko-pelancongan bukannya pelancongan semula jadi yang bertujuan untuk memberikan  keseronokan kepada pelancong dalam menikmati alam semula jadi ataupun hidupan liar tetapi ianya melibatkan kesan atau impak pelancongan yang minimum kepada kepelbagaian hidupan dimana pelancong haruslah menghormati dan membantu mengekalkan keadaan asal sesuatu kawasan pelancongan tersebut seperti sediakala.
2.       Mengekalkan budaya masyarakat.
ü  Melalui eko-pelancongan, budaya tradisi sesebuah masyarakat tempatan akan dapat dijaga dan dapat diwarisi melalui persembahan-persembahan yang dipersembahkan oleh penduduk tempatan kepada pelancong.
3.       Mengekalkan suasana yang nyaman di sesebuah kawasan pelancongan.
ü  Aktiviti eko-pelancongan yang mengekalkan keadaan asal alam sekitar sekaligus membantu dalam mengekalkan suasana yang nyaman destinasi pelancongan tersebut.
ü  Contohnya, udara yang segar, nyaman dan selesa.
4.       Menitikberatkan penglibatan komuniti.
ü  Eko-pelancongan sememangnya melibatkan komuniti. Tanpa komuniti, aktiviti eko-pelancongan tidak akan berjalan lancar.
ü  Penglibatan komuniti ini penting dalam menjayakan konsep eko-pelancongan sebagai pelancongan yang mapan. Melalui komuniti ini, alam sekitar ini akan dapat dipelihara dan dipulihara dengan baik dan jayanya.
5.       Menurut Whelan (1991), beliau mengatakan eko-pelancongan sebagai pembangunan ekonomi mapan bagi membekalkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada komuniti tempatan disamping membenarkan penerusan kewujudan sumber alam semula jadi.

         JENIS-JENIS PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM EKO-PELANCONGAN

JENIS
CIRI
Penglibatan Manipulatif
-Penduduk dijadikan boneka dan dikatakan memegang jawatan
  tetapi projek pembangunan didalangi pihak luar.
-Tahap kawalan oleh penduduk sangat sedikit.
Penglibatan Pasif
-Penduduk melibatkan diri dalam projek pembangunan setelah
  keputusan mengenai pembangunan dibuat oleh pihak penggerak.
-Maklumbalas penduduk tidak diminta kerana lebih menekankan  
 pendapat profesional dari luar.
Penglibatan Melalui Perundingan
-Agen luar merujuk kepada komuniti tempatan dengan meminta
  pendapat mereka mengenai projek yang dibentuk oleh pakar dari
  luar, masih kurang kawalan dari komuniti terhadap proses
  pelaksanaan
Penglibatan Bermotivasikan Pulangan Material yang diperlukan Komuniti
-Komuniti  melibatkan diri dengan menawarkan sumber (tenaga
  buruh) bagi kelangsungan hidup.
-Namun,ia tetap dianggap penglibatan dan penglibatan ini akan
  berakhir sekiranya insentif berakhir.
Penglibatan Berperanan
-Penglibatan komuniti dilihat sebagai penting untuk mencapai
  objektif projek, kerana pengibatan dapat mengurangkan kos.
Penglibatan Interaktif
-Komuniti terlibat dalam analisis projek, pembentukan pelan
  tindakan.
-Penglibatan dilihat sebagai satu hak, bukan hanya sebagai agen
  untuk mencapai matlamat projek.
Penglibatan Pergerakan Sendiri
-Komuniti sendiri mengambil inisiatif untuk menggerakkan projek
  pembangunan mereka.
-Menjalankan hubungan dengan institusi luar untuk bantuan
  teknikal dan khidmat nasihat tetapi mengawal penggunaan
  sumber.
-Penglibatan jenis ini memerlukan kerangka sokongan dari kerajaan
  dan pihak swasta (NGO)






























Sumber : Diubahsuai dari Mowfort dan Munt (1998)

SEJAUHMANAKAH PENGLIBATAN KOMUNITI MERUPAKAN KOMPONEN DAN PRA-SYARAT UTAMA UNTUK MENCAPAI EKO-PELANCONGAN YANG MAPAN? BINCANGKAN.

Komuniti merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi suatu tingkah laku yang mempunyai beberapa kepentingan, perasaan yang dapat mengambarkan status kelompok tersebut
         i.            Fallon dan Kriwoken (2003) - Penglibatan terus komuniti dalam perkhidmatan tertentu amat diperlukan seperti di pusat penerangan pelancongan, di mana pengetahuan komuniti tempatan adalah kredibel berbanding pengetahuan luar.
       ii.            Burns dan sacho (2003) - Penglibatan komuniti merupakan satu perkara yang muncul secara semulajadi dan tanpa disedari kerana komuniti merasakan mereka adalah sebahagian dari produk pelancongan.
     iii.            Mitchell (2001) - Dalam konteks eko-pelancongan, penglibatan komuniti tempatan dalam pembangunan pelancongan dapat mengurangkan kesan negatif yang dihasilkan terhadap alam sekitar tanpa menjejaskan hasil kegiatan pelancongan.
     iv.            Mowfort dan Munt (1998) - Menyatakan komuniti merupakan aspek kawalan atau sebagai kayu ukur bagi kejayaan atau kegagalan dalam pelancongan mapan.

1.       Penglibatan komuniti – satu bentuk tindakan sukarela yang melalui individu mengambil peluang dan memikul tanggungjawab kemasyarakatan (Tosun, 2006).
2.       Pelancongan yang mapan haruslah mengambil kira aspek - aspek:
v  Memulihara sumber alam semula jadi, sosial, budaya dan ekonomi.
v  Mengandungi elemen pendidikan kepada pihak tuan rumah, pelawat dan pengusaha.
v  Menekankan aspek penyertaan masyarakat setempat.
3.       Mitchell (2001) menyatakan dalam konteks eko-pelancongan, penglibatan penduduk tempatan dalam pembangunan pelancongan dapat mengurangkan kesan negatif yang dihasilkan terhadap alam sekitar tanpa menjejaskan hasil kegiatan pelancongan.
4.       Penglibatan komuniti dilihat dalam 2 perspektif iaitu dalam proses membuat keputusan dan bentuk faedah yang diperolehi. Penglibatan ahli komuniti dalam melaksanakan projek pembangunan pelancongan penting ke arah pendekatan pelancongan lestari (mapan). Penglibatan komuniti membantu menjayakan projek pelancongan itu sendiri dari segi penawaran sumber manusia dan perkongsian pengetahuan mengenai kawasan tempatan dan sumber-sumber di kawasan pelancongan tersebut.
5.       Penglibatan ini seterusnya akan membantu mereka untuk meningkatkan pemahaman mereka terhadap projek yang dijalankan dan faedah yang dibawa oleh pelancong, menanamkan rasa tanggungjawab terhadap sumber yang ada pada komuniti dan memberi peluang untuk mengawal penggunaan sumber tempatan.

KAJIAN KES
1)     Homestay Kampung Raga, Yan Kedah
ð  Kemenangan kategori Sungai Terbersih dan Tercantik dalam Pertandingan Kebersihan Sungai ,anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS).Atas kejayaan yangtersebut JPS telah mengerakkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) agar menubuhkan Program Homestay di Kampung Raga.Perkara ini telah diusulkan dengan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kedah (UPEN).
ð  Kementerian Kebudayaan, kesenian dan pelancongan(KKKP) telah memberi 24 buah rumah sebagai tuan rumah homestay.
ð  Pengurusan Program Homestay Kampung Raga dijalankan oleh ahli jawatankuasa kecil  “Pelancongan Agro dan Homestay”.
ð  Kebanyakan tetamu adalah dari kalangan pelancong tempatan iaitu dari institusi pengajian tinggi, agensi awam dan sektor swasta.Kunjungan pelancong luar seperti Jepun, Australia, dan korea.Kebanyakan mereka adalah pengembara backpackers yang berumur di antara 18 hingga 38 tahun.
ð  PENGLIBATAN komuniti didorong oleh kemahuan dan kesungguhan mereka sendiri.Komuniti mempunyai kawalan terhadap membuat keputusan yang bakal diambil bersama dan mengenalpasti pengurusan sumber-sumber yang ada.Komunti membuat keputusan tentang jadual aktiviti atau lawatan, makanan, agihan kerja dan agihan pendapatan.



KESIMPULAN
Justeru itu, pernyataan bahawa ekopelancongan itu adalah pembangunan yang mapan adalah benar. Ekopelancongan berbeza dengan pelancongan alam semula jadi. Hal ini kerana, ekopelancongan menggalakkan pemuliharaan dan pemeliharaan antara alam semula jadi dengan melibatkan komuniti. Penglibatan komuniti sememangnya memainkan peranan yang penting dalam aktiviti ekopelancongan tersebut memandangkan mereka merupakan penggerak utama dalam bidang pelancongan. Justeru itu, kerjasama daripada komuniti amatlah diperlukan bagi menjayakan pelancongan alam sekitar yang mapan.



RUJUKAN

Badaruddin Mohamed. 2008. Pelancongan Lestari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Badaruddin Mohamed dan Nikmatul Adha Nordin. 2007. Perancangan Pelancongan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.



Page, Stephen J. And Dowling, Ross K. 2002. Ecotourism. London: Prentice Hall.

Kalsom Kayat dan Norasikin Mohd.Nor (2006). Penglibatan Ahli Komuniti dalam Program                                    
Pembangunan Komuniti : Satu kajian ke Atas Program Homestay di Kedah. Akademika 6 (Januari ) 77-
102.

Lee Boon Hiong. 2007. Pembangunan Ekopelancongan di Cameron Hingland: Satu Kajian Kes  Universiti Sains
Malaysia.


1 comment:

  1. saya student ums jg.. ambil kos ne sbgai subjek elektif.. saya dpt soalan ne juga.. mohon untuk saya buat rujukan :) terima kasih

    ReplyDelete