Saturday, April 23, 2011

Pembentangan...qu....

SOALAN 1: According to the World Bank, Newly Industrializing Countries (Negara Perindustrian Baru) are miracle economic. Explain
PENDAHULUAN
Kegawatan ekonomi yang telah melanda negara-negara asia menyebabkan peranan negara dalam pembangunan semakin dipertikaikan. Negara dianggap tidak lagi releven dan seharusnya berundur  dan membolehkan pasaran mengendalikan urusan ekonomi  secara lebih efisyen. Namun demikian kemampuan sesebuah negara mengatasi masalah kemelesetan merupakan satu kejayaan dalam ekonomi dunia.
KENAPA BANK DUNIA MENNYATAKAN BAHAWA NEGARA PERINDUSTRIAN BARU SEBAGAI KEAJAIBAN DUNIA?
Negara Perindustrian Baru dilihat mengamalkan ideologi Neo-Liberal (The Asian Miracle dalam Willis, Katie.2005:55) iaitu:
1.     Membuka ekonomi kepada pelabur asing dan perdagangan asing
Ø  Mengalakkan pelaburan dan perdagangan asing memainkan peranan yang besar dalam pembangunan ekonomi negara.Pada 1986, kerajaan telah melonggarkan Pelaksanaan Akta Penyelarasan Pelaburan dan mengekalkan galakan dalam bentuk pelepasan cukai melalui Pengenalan Akta Galakan Pelaburan 1986.
Ø  Proses ini disebut  perindustrian -berpacukan-eksport (liberalized export-led industrialization) iaitu pelaburan asing memainkan peranan yang sangat penting (Guy Standing 1993 dalam Abdul Rahman Embong 2000).
2.    Menghadkan peranan kerajaan dalam ekonomi negara.
Ø  Tun Mahathir Mohammad Perdana Menteri Malaysia Keempat-Dibawah pimpinan beliau mendorong peranan pasaran secara lebih luas sebaliknya negara lebih banyak berperanan menetapkan strategik dan dasar ekonomi negara dan menggalakkan monopoli dan konglomerat swasta untuk melaksanakan dan memenuhi hasrat negara. Misalnya dalam dasar penswastaan, (Rahimah Abdul Aziz dalam Abdul Rahman Embong 2000: 45)
3.    Pelaburan dalam sumber manusia terutamanya dari segi pendidikan
Ø  Sepanjang tempoh pengalaman Malaysia , pembangunan sumber manusia terus mendapat perhatian kerana sektor pendidikan sentiasa mendapat peruntukan terbesar dalam peruntukan perbelanjaan pembangunan untuk subsektor sosial.
Ø  Keutamaan yang tinggi diberi kepada pendidikan dengan meningkatkan pelaburan,perkara ini penting bagi membangunkan kemampuan untuk mencipta dan menyebaran pengetahuan baru. Pendidikan asas yang kukuh adalah teras bagi melahirkan tenaga buruh yang sihat, berkemahiran dan membolehkan negara bersaing dengan jayanya di pasaran dunia.
4.    Negara Asia timur juga telah dianggap sebagai ‘East Asian Model’ sebagai contoh untuk peningkatan ekonomi di negara-negara lain.
Ø  Salah satu sebab penting mengapa ekonomi-ekonomi Asia Timur menjadi contoh sifat murni adalah kerana berdasarkan pelbagai penanda sosio-ekonomi, kemajuan sebenar dalam taraf kehidupan berjaya dicapai sejak kemerdekaan. Dari masyarakat miskin dan berdasarkan pertanian, mereka telah mengalami perkembangan perindustrian dan menghapuskan kebuluran, menghancurkan kemiskinan dan tahap kesengsaraan yang masih berleluasa di merata Dunia Ketiga.
KRITIKAN TERHADAP PANDANGAN BANK DUNIA (IDEOLOGI NEO-LIBERAL)
1.    Tidak hanya satu pendekatan sahaja digunakan tetapi terdapat pelbagai pendekatan digunakan
Ø  IDEOLOGI NEO-LIBERAL walaupun pada dasarnya melihat peranan kerajaan adalah terhad dalam pembangunan ekonomi, tetapi sebenarnya kuasa  kerajaan masih besar dalam mempengaruhi ekonomi negara. Misalnya melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dalam krisis 1997-1998 dan peranannya dalam menangani syarikat-syarikat yang bermasalah serta memastika kehidupan rakyat tidak terjejas. Selain itu atas Dasar Ekonomi Baru (DEB),memperlihatkan peranan kerajaan dalam membasmi kemiskinan.
2.    Laporan bank dunia gagal menyatakan tingkat kemiskinan dan ketaksamaan Negara-negara rantau.
Ø  Kajian bank dunia pernah menegaskan bahawa usaha mengalakkan ekonomi yang pesat di sesebuah negara khususnya melalui proses perindustrian memainkan peranan penting dalam mengurangkan masalah kemiskinan (Bhalla dan Khalas  1992 dalam Abdul Rahman Embong 2000: 143)
Ø  Namun,perindustrian telah memberi kesan kepada sosioekonomi yang negatif seperti penghijrahan desa ke Bandar yang berlebihan, bertambahnya masalah pengangguran di kawasan Bandar,kemunduran di kawasan pendalaman dan perbezaan kentara dalam jurang pendapatan antara kawasan, sektor dan kumpulan pendapatan.
3.    Pengunaan “Keajaiban” telah dipersoalkan, kerana konsep keajaiban itu sukar untuk diterangkan.
Ø  Menurut (Ganaut 1998 dalam Willis, Katie. 2005:57) tidak ada wujudnya sesuatu yang dikenali sebagai “Keajaiban’ di Asia Timur.Namun fenomena perkembangan ekonomi di Asia Timur selepas satu ekonomi kepada ekonomi yang lain mula mengumpul keuntungan,meningkatkan penggunaan teknologi dan mengunakan sumber manusia dengan efektif untuk pembagunan ekonomi
KESIMPULAN
Ø  Negara perindustrian baru merupakan satu kejayaan bagi sesebuah negara dalam membentuk pembangunan ekonomi. Walau bagaimanapun, Pembangunan yang mapan haruslah mengambil kira semua aspek iaitu kebajikan masyarakat dan alam semulajadi. Maka ini akan memperlihatkan kemajuan negara bukan hanya pada perindustrian malah penerimaan positif masyarakat terhadap pembangunan itu sendiri.



RUJUKAN
Abdul Rahman Embong. 2000. Negara Pasaran dan Pemodenan Malaysia. Bangi: Universiti    Kebangsaan Malaysia.
Pelaburan Asing.Dalam http://www.scribd.com/doc/43275317/pelaburan-asing. Diakses        pada 6.March.2011
Willis, Katie. 2005. Theories and Practice of Development. Oxon and New York : Routledge.


No comments:

Post a Comment